Sunday, 4 November 2012

Farid Jagalah Diana


Salam,

Aku nak ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle. Moga anda bahgia berkekalan ke anak cucu. Farid hang jaga Diana elok-elok na..

By the way, cool la hantaran mini bike Kawasaki dari Diana Danielle.

Kredit : Annas Easkey Photography

-Sekian-

Saturday, 3 November 2012

Mak Aku dan TV


Salam,

Semenjak dua menjak ni aku tengok mak aku ni macam pelik je. La ni hobi dia suka tidur depan tv

Ada satu hari tu, tengah aku satu family tengok Master Chef ni boleh mak aku terlelap. Dalam 20 minit macam tu Master Chef pun habis, so aku dengan adik-adik aku pun tutup tv bajet nak masuk tidur lah.

Boleh mak aku celik, terus amik remote bukak tv. Tak sampai 5 minit dia tidur balik. Aik, mak aku ni. Aku pun keluar bilik tutup balik tv tu. Masuk je bilik tengok mak aku bangun dia bukak balik tv. Adoi tekanan aku. Takpelah mak aku.

Tiap-tiap bulan nanti mak aku bisinglah bil elektrik mahal sangat.

-Sekian-

Salam Perkenalan


Salam,

Lupa pulak nak kenalkan diri dekat 1st entri aritu. Biadap ke? haha. By the way nama aku dot dot dot. Seorang lelaki yang buncit dan berumur dalam 20-an macam tu. Menetap di Kuala Lumpur.

Kenapa nama blog aku Budak Buncit? macam ni cerita dia.

Pada satu hari tu, aku tu aku tengah buang besar tetiba aku dapat satu idea nak create blog yang memaparkan cerita-cerita merepek dari aku. Lalu wujudlah blog Budak Buncit ni. Padahal memang aku buncit pun.

Untuk pengetahuan korang, aku ni hobinya adalah membuang air besar. Besar mana tak dapat nak describe.

Dah banyak sebenarnya blog aku. Adalah dekat 20 ke 30 blog entah. Pernah dulu orang kata blog-blog yang aku create semua tu blog sampah. Ok fine!

Kali ni aku create blog untuk tempat aku merepek. Biarlah kalau takde orang nak baca ke, pedulik apa.

-Sekian-

Main Sabun


Salam,

Bukan nak cerita lucah pun. Saja je letak tajuk yang agak double meaning. Petik pasal main sabun, sebenarnya aku ada cerita yang nak diceritakan dekat korang.

Ada satu pagi tu, lepas je aku balik dari breakfast tetiba je perut memulas-mulas mintak di servis. Aku pun apa lagi terus ke tandas. Dekat ofis aku ni, biasa dalam pukul 9 ke 10 pagi akan ada sorang Auntie datang untuk cuci tandas. Dan-dan time aku nak masuk tandas tu aku tengok jam dah pukul 8.50 pagi. Ah dulik apa aku. Janji aku dapat berak.

......................................................

Tengah duk memerut tetiba aku kedengaran bunyi seperti kasut but Pua Chu Kang. Tap tap tap. Dengan tidak semena-mena pintu tandas ditolak kuat. Terus aku tetiba macam tergamam seketika. Shit!. Auntie ni dah sampai. Tanpa membuang masa, aku basuh-basuh dan pakai seluar apa semua terus je keluar buat muka macam takde apa-apa yang berlaku.

Aku pun tegur Auntie tu.

"Hi Auntie, awal sampai ini hari?" aku menyapa Auntie tu.

"Ha takdelah. Ini saya isi sabun sekejap. Ini sabun kena isi sikit-sikit saja nanti cepat habis" balas Auntie tu.

"Oh ea ke? bubuh lah Auntie sebab I selalu tengok budak-budak opis ni main sabun" aku balas semula.

Boleh pulak terpacul dari mulut aku perkataan "main sabun" tu. Dah tak semena-mena Auntie tu bantai gelak sinis dekat aku. 

Cilakak, apa salah aku?

-Sekian-